Saturday, August 22, 2009

Bagaimana hendak khatam Al-Quran dalam Ramadhan


Bulan Ramadahan peluang untuk kita mendapatkan ganjaran dan pahala yang banyak dari Allah SWT. Antara yang baik kita lakukan ialah bertadarus Al-Quran. Jika kita tak berapa lancar membaca Al-Quran bolehlah mengamalkan membaca Surah Al-Ikhlas 100 kali . Tip ini dikongsikan oleh Ustaz Mursyid. Daripada kita merangkak-rangkak membaca Al-Quran dengan tajwid ke mana, tartib ke mana eloklah kita amalkan.

Jika kita sudah biasa mengamal membaca Al-Quran rasanya tiada masalah tetapi kalau kita sudah 10 tahun meninggalkan membaca Al-Quran nescaya merangkak-rangkak. Kalau belum bermula apa kata kita mulakan Ramadhan ini dengan membaca Al-Quran kerana sangat besar pahalanya.

Bagaimana untuk kita khatam Al-Quran dalam masa sebulan?
Hanya perlu membaca 4 setengah muka Al-Quran selepas setiap solat waktu.
4.5 X 5 X 30 = 604 muka surat. Jumlah muka surat dalam Al-Quran.

http://www.harunyahya.com/Quran_translation/Quran_translation_index.php

0 comments: