Saturday, October 31, 2009

tersilap daa..

malam ni tepat jer pukul 8 aq mengayuh kereta kesayangan ku menuju ke bandar kuantan.(skemanye ayt). sebenarnye aq nk beli wayar kabel tenet (dh wayar, kabel lg) jer and pergi parkson usha suar jeans. my budy (edy da best )said murah. sekilo (sehelailh) rm20.

sampai jer megamall aq menghayun kaki aq ke kedai computer belakang mega.dapatlh kabel 10m rm15 pas tawaf sekali jer.lepas beli kabel terasa lak kaki ni dipanggil oleh GSC.sayup2 jer kedengaran an.so terus aq nek ats niat nk usha jer cter ap ada.

dari niat turun ke hati dan terus jadi realiti.citer ninja terpampang kemas kt tempat iklan GSC.tanpa melihat kiri kanan aq pn pergilh melayankn diri utk citer tersebut (lupa nk beli suar jeans).mmg sejak azali aq minat citer fight2 ni.movie ni mula agak lewat so aq pergi membaham kt uitm dulu.perut xmenyanyi lg tp mulut terkumat kamit mntk nasi.

pukul 10 aq terpacak blk kt mega persiapkn diri utk melayan citer.dh best2 duduk n layan tetiba dtg 2 org apek tanpa segan silu mengarahkn aq belah sebab tmpt tu dia yg punya ("excuse me, tmpt ni kami yg punya").hangin gak aq tetibe je an dtg gitu.kalau ye pn kasilh salam (dlm bhsa melayu = selamat sejahtera ke ats kamu) ke sejuk gak ketiak aq dgr.

rupa2 nye tmpt dia kt blkng.baru dia pasan pas kwn dia tegur.dia baca "E" jd "F".dia dulu skol smpai drjah 6 jer pastu berhenti tolong bapak dia jual tauhu.sebab tu dia xtahu.kwn dia ok lg berhenti drjah 6 gak tp lewat sehari so dia smpat belajar lg and taw "E" dan "F".

dgn membuatkn muke yg agak2 blushing apek ni pn mnta maaf dn beransur ke tmpt dia.sempat gak mkn "baka" dr aq.skol drjah 6 tp mksud baka tu taw lak.kwn dia lak bedal dia kt blkng. ("bodohlh punya olang.bikin malu jer"). bt aq tersenyum je sorang2 dlm itu panggung. ~tamat~

Friday, October 30, 2009

tima kaseh lecturer2 ku

tepat jam pukul 10 malam ni, 3 per 4 dari seksaan minggu ni buat aq telah berakhir. dengan 4 assingment (mandarin, english, mechanical design dan engineering society) yg membuatkn aq xpernah cukup tido malam2 minggu nie, 1 report (mechanical design) yg panjangnye berjela-jela, dan 4 test (mandarin, automatic control, mechanical design, heat transfer) yg membuatkn aq penin dan loya mcm pempuan mengandung 3 4 bulan.

malam ni nk siapkn report utk dibentangkan esok pagi dan paling menyakitkn study week aq kena kacau semata-mata engineering society nk bt test 2. nk jer aq jerit kt lecturer tu "byk2 hr sebelum ni napelh study week ko ambk"..!! tapi nasib baek aq student yg baik dn bersopan santun (hahaha..)

ucapan tima kasih yg tak terhingga aq ingin ucapkn kepada lecturer2 aq yg sangatlh "memahami" keadaan aq. aq tahu dorng mmg berhati perut tahap melampau. sebab tu dorng bt mcm tu.

Sunday, October 25, 2009

contengan naluri

awan terang kini kian mendung yg berarak
bawa tangis dan himpun segala resah
rebah sudah rindu yg tersusun
semua kata dan kalimah
semua janji yang pernah terikat
tinggal lebur disisiku
lidah ku kaku tak semercik jari
adakalanya rasa bebas dan selalunya terkurung
cerita lagi dan terus bercerita lagi hingga jenuh kerana berkali-kali
pusi hatiku hatiku berpuisi lagi
palu hatiku palu lagi hati ini..........

Wednesday, October 21, 2009

Sejadah Berdiri..??



PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.

"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.




Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya.

Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah.

Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan.

Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.

"Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.

"Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.

"Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya.

Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.

Saturday, October 10, 2009

ALLAHUAKBAR...!!!


Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?

Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.
Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

"However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults."


Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan.... ...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak. Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali?

Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.


Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.
Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan.

Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.
Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

eXpoconvo '09

pada 29 oktober hingga 4 oktober lalu telah b'langsungnya majlis expoconvo kt UMP dn aq turut terlibat sebagai seketeriat protokol.otai aq adlh izzah (izzah protokol).kesian dia sbb lekat terus nama protokol tu kt dia.nama dia sebenarnya nur izzah bte zakaria tp sekarang dah jd nurul izzah protokol bte zakaria (jgn mrh ea bos.. :p).hari ni baru aq b'kesempatan utk coret sumting about expo ni dlm blog aq..huhu.



inilah bdk2 protokol (chip,quecera,syam,suk). sorng xda (bob) jd penyambut tetamu

hari pertama aq sibuk dgn majlis perasmian sebagai archer kt pentas utama. pagi2 lagi aq dah menapak kat tapak expo dgn set tuxedo b'serta kasut hitam berkilat (klh don). semua mata menjunam dn menikam ke arah aq. kekadang rs bangga b'kepuk2 dlm dada dn tiba2 secara xsngaja tanpa aq sedari rs segan menyusup seiring (poyonye). perasmi pada hari itu ialah dato' saifuddin. timb menteri pengajian afrika (malaysialh). sebelum tu actually kami b'cadang utk menjemput tunku mahkota phg sbg perasmi tp xjadi sebab dengar citer dia ke luar negara (ske2 aq jer pnggil tuanku "dia"). alhamdulillah majlis perasmian tu semua berjalan dgn lancar walaupun ad jgk cacat celanya tp xpelh. semuanya dh lepas pun. mana ad yg sempurna kt dunia ni kn. lepas majlis perasmian tu barulh aq knl orang2 atasan dlm UMP ni termasuklh VVIP.kalau tdk, haram aq nk ambk taw.

hari2 lain aq sibuk dengan acara2 yg b'langsung.ad certain event ak jd pic utk bhgn protokol.antaranya pertunjukkan k9, pertandingan mewarna, dan juga drug intervention community (DIC).masa pertunjukkan k9 aq disahkn menghadapi penyakit najis mughallazah. xpasal2 balik uma aq kena cari tanah bersih utk samak tgn aq.padahal bersalaman dgn tuan anjing jer tp krn was2 xkisahlh aq b'samak jgk.ms handle DIC penceramah lak xleh blah.rock gabakz! dgr khabar best ceramah dia, tp base2 jer aq rasa.suam2 kuku kuman jer. yg best gimik dia masa mula2 nk beri ceramah jela.gempak gak dan yg paling best ms pertandingan mewarna.sebab pe erk? mana boleh bagitaw..:p (it'll stuck in my memory until da end)


inilah booth kebanggaan mechanical

event terakhir yg bhgn protkol kena handle adalh penutup expoconvo. sebab dah take tugas yg agak berat masa perasmian so penutup aq hng out around sbg penyambut tetamu jer. masalah utama ialah event tu diawalkan.sbb tu penutup jadi agak kelang-kabut sikit.macam2 hal t'jadi tp xperlulh aq nk tulis sebab nabikn menyuruh kita menutup keaiban org.(hmmm.. )


brothers and sisters protokol for eXpoconvo '09

for the last word..eXpoconvo 09 bagi aq tetap best although xsempurna seperti yg diharapkn.kita hanya tahu merancang dn DIA yg menentukan.thnk jgk kepada bos aq izzah ats tunjuk ajar beliau (bunga sbg penghargaan..ngee) dn jgk adik beradik dlm protokol yg sentiasa cheer (bob,suk,chip,syam,ain,farah,dan nad). sorang2 dh dapat kerakyatan senegal..hehe.

Friday, October 9, 2009

dilemma....

Satu fakta, dua penipuan. yang pertama kita ambil, dua buang. kenapa mengeluh?? dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali. komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi. mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi. mereka pakar fabrikasi, modifikasi. di depan senyum, belakang dengki. yang cemburu mungkin teman kita sendiri. siapa tahu?? peduli, kita dah semuanya bersama. dah senang bersama, dah susah pun bersama. ketawa bersama, menangis bersama. kubersumpah harap kita mati pun bersama. ke akhirnya...........