Thursday, June 24, 2010

satu kehadiran (04)

Persatuan elit rahsia

mengenai entry sebelum ini penulis blog ini ada menyebut mengenai golongan elit.mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya siapakah golongan elit yang saya maksudkan.pertubuhan ini dinamakan freemason.penconteng ini akan cuba menerangkan sedikit sebanyak sejarah penubuhan freemason ini.

pada zaman pertengahan, terdapat sebuah pertubuhan rahsia yang menjadi dalang disebalik peristiwa yang berlaku didunia,digelar..knight templar. atas seruan ketenteraan yang dinamakan crusaider orders, penduduk di eropah beragama kristian diseru oleh ketua agama pada ketika itu supaya bersama-sama berjuang. mereka dijanjikan pahala dan syurga oleh ketua agama mereka.

bagi melahirkan kesetiaan yang tiada berbelah bahagi di hati setiap ahlinya, para pengikut knight templar perlu menjalani ritual pembersihan diri.ritual-ritual ini telah mengakibatkan mereka semakin jauh dari pegangan kristian dan kerana ritual tersebut bukanlah ritual suci, tetapi telah dicampur dengan unsur pemujaan kepada iblis.

maka berpuluh ribu penduduk eropah telah menyertai knight templar yang telah dianggap sebagai jalan untuk menyucikan diri kepada tuhan.

mereka menentang sesiapa sahaja yang tidak beragama kristian yang dianggap kafir di serata pelosok dunia sehingga ke kota suci,jurusalem. arahan seterusnya agar membina empayar di kota tersebut bagi mengukuhkan ketenteraan dan ekonomi serantau.

tanpa disedari, mereka sebenarnya telah dipergunakan oleh ketua agama mereka sendiri...
tanpa disedari, agenda tersembunyi telah dirangka oleh ketua agama mereka...
dan tanpa mereka sedari, mereka telah pun terpesong dari agama asal mereka...

knight templer telah berjaya menguasai ekonomi dunia dan politik antarabangsa. mereka telah menguasai wilayah-wilayah serantau hasil penaklukan dan penjajahan.adakah anda tahu sebenarnya knight templer adalah pengasas sistem perbankkan yang diguna pakai sehingga ke hari ini?

segala bentuk simpanan seperti emas dan harta berharga dikenakan caj sebanyal 30% dan akan direkodkan dan diberi salinannya pada penyimpan. sistem ini direka supaya harta yang disimpan dijamin keselamatanya serta memudahkan urusan pengeluaran di negara lain.

hasil caj yang dikenakan digunakan untuk membina lodge dan gereja khas knight templar. manakala lebihan caj tersebut dikembangkan semula dengan ideologi sistem yang baru iaitu, skim pinjaman. sistem tersebut telah diguna pakai di setiapp wilayah jajahannya sehingga pada zaman penaklukan semula kota suci jurusalem oleh tentera islam pimpinan salah ad-din yusuf.

namun sistem tersebut terus digunapakai di serata negara eropah kerana kerajaan beraja eropah pada ketika itu telah berhutang dengan knight templer sehinggakan istana yang diduduki oleh golongan diraja terpaksa dicagarkan kepada knight templer.

king henry III telah meminjam sejumlah wang dari knight templer pada tahun berikutnya. namun raja itu dikenakan syarat iaitu memimpin angkatan tentera untuk menyerang tentera islam salah ad-din dan seterusnya menakluk kembali kota suci jurusalem.

mereka kembali menguasai ekonomi dengan sistem perbankkan ciptaan mereka. walaupun begitu, ia tidak disenangi oleh ketua agama di france. reputasi king philip IV, raja france juga tergugat disebabkan telah banyak berhutang dengan bank knight templer. lalu beiau telah berpakat dengan ketua agama tersebut untuk menggulingkan knight templer dengan bantuan knight hospitaller.

seramai 139 tentera knight templer pimpinan grand master terakhir, jacques de moley telah dihadapkan ke mahkamah di paris kerana telah memesongkan kritianiti. para tentera telah dibunuh manakala grand master telah dipenjarakan.

selepas bertahun lamanya dipenjara, de molay akhirnya mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman bakar dikhalayak ramai. tulang belulangnya disimpan oleh orang yang tidak diketahui dan dipercayai telah digunakan untuk penubuhan sebuah pertubuhan rahsia.

manakala saki-baki knight temper diseluruh france telah diburu dan dibunuh. namun terdapat serpihan yang dipercayai melarikan diri ke scotland, switzerland dan ireland. mereka hidup dalam buruan namun masih mendapat perlindungan raja-raja di negara terbabit. mereka tidak lagi bergerak atas nama knight templer atas dasar keselamatan.

serpihan knight templer di scotland bersumpah menuntut bela dan berjaya memujuk raja scotland untuk menubuhkan gerakan yang dinamakan....FREEMASON.






P/S : beberapa hari sebelum hari ini seorang sahabat dari mesir menghantar pesanan supaya gua menunjuk sikit pengaruh freemason di tanah air sendiri. pada mulanya gua tak berminat kerana gua sedia maklum bangsa gua SEGILINTARNYA yang berfikiran sempit tapi atas dasar persahabatan maka terpaksa gua mengiyakan. maka dengan itu entry akan datang gua akan membentangkan kertas kerja mengenai freemason di malaysia. peace from quecera....

0 comments: