Thursday, July 8, 2010

satu kehadiran (10)

terdapat banyak binaan yang didedikasikan kepada dajal. salah satunya ialah wafi mall. kenapa saya katakan begitu? mari kita lihat corak dan binaan didalam bangunan ini.





adakah anda tahu apa yang digambarkan dengan 'burung di belakang kepala' ini? anda tahu mereka tidak menyembah Allah tapi siapa yang mereka sembah? anda akan tahu juga nanti.






satu mata melihat semua yang disembah pada mesir purba. dan hari ini??

dolar amerika

kita tidak perlu menyoal tentang perancangan syaitan yang sedang berubah. ini adalah masa untuk bangkit dan sedar. anda sedang berada di pihak mana. jika anda dapat memahami segala yang ditunjukkan setakat ini, anda patut dapat memahami pendedahan binaan ini. dirakam dalam bangunan yang sama..






saya mengambil sedikit petikan dari filem matirx dan didalam filem ini bayangkan anda sebagai watak neo.




apakah definasi al-dajal?
"jika anda melihat pada perkataan dasar, kerana bahasa arab ada perkataan dasar dan perkataan dasar mempunyai makna asas yang menunjukkan dimana perkataan itu lahir. perkataan "dajjala" digunakan orang arab bila mana unta mereka mempunyai penyakit kulit."

"bila ada penyakit mereka akan menampal rumput di atas badan unta sebagai rawatan dan memanggilnya "jideddiru" dan mereka akan menampal rumput ini diseluruh badan unta supaya anda tidak melihat penyakit di unta itu. pada zahirnya unta itu nampak sihat, sebab telah ditampal rumput di badannya."

"anda faham idea ini? inilah yang dilakukan dajal, menampal semua penyakit dan kesesatan supaya anda nampak ianya bagus sekali. jadi dajal akan datang dan merayu manusia sama seperti seruan Nabi Isa a.s supaya mengejar akhirat, dajal menyeru supaya manusia mengejar dunia. sama seperti Nabi Isa a.s beritahu mereka, dunia adalah tipudaya dan akan memperdaya anda. dajal akan menyeru bahawa akhirat itulah tipu daya."


"bermakna, dajal akan memaksa anda bahawa dunia inilah yang sebenarnya perlu dicari. seperti iklan bir "anda hanya hidup sekali, buatlah sesuka hati anda" (iklan budweiser) "anda hanya hidup sekali, anda hanya bernyawa sekali, jadi buatlah sesuka hati" begitu juga dengan baju t-shirt yang begitu semakin populor di amerika ini.



inilah mesej pada zaman ini. ianya satu mesej mengikut kebendaan. mesej yang mengajar manusia yang mereka akan bahagia dengan membeli belah atau kata lain berduit. berbelanjalah dan anda akan bahagia. "don't worry be happy" inilah slogan mereka.


"dibelakang wang dolar amerika ada cop mohor. ia dikenali "cop mohor agung amerika" @ the great seal. itulah sebenarnya cop mohor amerika. di cop mohor ini ada piramid dengan satu mata. mata ini simbol "tuhan ra". disinilah asal perkataan 'ray' atau 'sunray'. berhala mesir tuhan matahari. mitos yang sama. inilah yang disembah oleh puak freemason (sunray)."

"jika anda lihat pada dolar amerika itu, piramid itu dibina kecuali di bahagian atas puncaknya.mata itu tergantung di atas puncak. ia belum turun lagi kerana mereka percaya sebelum mereka habiskan projek masonic mereka seperti yang tertera dibawah iaitu "novus ordo seclorum" dan "aneu coeptis"

'dia' sangat gembira dengan projek ini. anda tahu 'tuhan' mereka sangat gmebira dengan projek mereka.apakah projek mereka? inilah persoalannya.

"projek mereka ialah untuk menjadikan dunia ini sekular. memisahkan secara total kehidupan manusia kepada agama. inilah projek mereka, sebab itu ia dikenali dengan "novus ordo seclorum". dunia dengan order baru yang sekular. jika anda menafsirkannya ke bahasa arab, maksudnya syurga dunia. bukan Al'-Jaddin (spiritual), ia akan jadi Al-Duniawi, satu order baru untuk dunia."
(ayat bertulisan putih dipetik dari salah satu ceramah oleh sheikh hamza yusuf. bukan rekaan saya)


satu dunia yang dibina atas tipudaya dan kebendaan materialisme. 'hidup gaya moden', 'dunia tanpa batasan'. dunia kebendaan yang berisi dengan nikmat dunia, yang anda tak pernah dapat mencapainya. tetapi dengan tipudaya dajal, anda akan menyerahkan seluruh hidup anda untuk mencapainya. untuk mencapainya anda perlu menjadi sebahagian dari sistem itu, dan menghambakan diri kepada sistem itu. dan apakah yang anda akan jadi?

A SLAVE



[bersambung]..

p/s : saya menyeru kepada anda jika menemui group yang menghina agama Islam samada di facebook, twitter, tagged dan sebagainya tolong jangan sebarkan kepada rakan-rakan anda dengan kata lain mempopularkan group itu kerana bayangkan jika saudara-saudara kita yang lemah pegangan agamanya menjumpai link-link tersebut. pasti mereka akan tergugat. memang itu yang diharapkan oleh kumpulan-kumpulan lakntullah itu agar dakyah-dakyah mereka sampai kepada semua. may Allah bless us and unite us in the ummah.

0 comments: