Thursday, May 20, 2010

maskot itu macam gampang

rutin harian gua hari ni berjalan seperti biasa.pukul 7 pagi gua akan tengok berita kat tv sebelum masuk keje pukul 8.berita pagi kat tv3 memang gua tak minat.haram jadah 15 minit jer.tu pun diselitkan dengan iklan.ntah papo.

maka tv2 menjadi pilihan.sambil memenuhkan perut dengan breakfast roti john featuaring hot choc gua mengusyukkan segala deria yg gua ada.maskot sukan olympic 2012 di london telah dilancarkan.lu orang tahu apa maskotnye? kalau lu orang rasa terkejut, tahniah. tapi kalau lu orang rasa macam tiada apa yang mengusik hati, tahniah juga gua ucapkan kerana lu orang telah di pengaruhi oleh freemason (ikuti kajian gua mengenai si gampang freemason di blog gua yg kedua yg bakal dilancarkan tidak lama lagi.apa itu freemason? sebuah pertubuhan gelap yahudi laknatullah)

gua kembali kepada benda yg gua nak bincang sebelum melincang ke tempat lain.apa itu melincang? gua main hentam taip.melihat maskot tu gua kurang selesa sebab setahu ilmu yg gua belajar dajal tu bermata satu.lu orang dah dapat bayangkan rupa maskot tu?





Saturday, May 8, 2010

suatu malam

sehari selepas menjejakkan kaki ke kampung halaman gua pergi menjengah nenek gua di kampung.kebetulan sepupu di bawah umur sekaki lepak rumah nenek gua.kebisingan dan kebingitan membuatkan orang pencinta kedamaian macam gua ni gusar.tiba-tiba sorang adik sepupu gua datang menanyakan soalan yg agak mencabar kesabaran kepala lutut gua.sebab......

"abang cuti ker?"tanya dia ringkas.
"a.ah. kenape?"tanya gua balik.
"best tak bang belajar universiti?"tanya dia lagi.
"best apa jadah universiti gua.macam gampang"ikutkan hati gua nak jawab macam tu tapi sebab dia budak bawah umur niat gua dibatalkan.
"best! ramai kawan-kawan"gua mengapi-apikan semangat beliau untuk masuk universiti jugak.
"beruang kutub makan penguin tak bang?"sejurus selepas soalan tu terpancul kepala gua dengan ligat berfikir.
"makanlah sebab beruang kutubkan karnivor"pehhh..gua jawab sambil dada mencanak naik.tersipu-sipu adik sepupu gua senyum.
"beruang tak makanlah penguin bang sebab beruang kutub ada kat kutub utara.penguin ada kat kutub selatan". memang jerat tu dipasang untuk menjatuhkan gua.

p/s : kalau tanya pasal enjin ker bolehlah gua jawab.ni beruang kutub dengan penguin.tak da langsung dalam selibus pelajaran gua..

Tuesday, May 4, 2010

dia bergelar ibu

ibu,
bergenang air mataku
terbayang wajahmu yang redup sayu
kudusnya kasih yang kau hampakan
bagaikan laut tidak bertepian
biarpun
kepahitan telah kau rasakan
tidak pun kau merasa jemu
mengasuh mendidik kami semua anak mu
dari kecil hingga dewasa
hidupmu kau korbankan
biar pun dirimu telah terkorban
tak dapat ku balasi akan semua ini
semoga Tuhan memberkati
kehidupan mu ibu.

ibu,
kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
restumu yang amat aku harapkan
kerana disitu letak syurgaku
tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajarku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
kasih sayangmu sungguh bernilai
itulah harta yg kau berikan
kasihanilah Tuhan ibu yg telah melahirkan diriku
semoga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana...


p/s : selamat hari jadi ibu.luv you so much.minggu ni anakanda balik yer..