Saturday, May 8, 2010

suatu malam

sehari selepas menjejakkan kaki ke kampung halaman gua pergi menjengah nenek gua di kampung.kebetulan sepupu di bawah umur sekaki lepak rumah nenek gua.kebisingan dan kebingitan membuatkan orang pencinta kedamaian macam gua ni gusar.tiba-tiba sorang adik sepupu gua datang menanyakan soalan yg agak mencabar kesabaran kepala lutut gua.sebab......

"abang cuti ker?"tanya dia ringkas.
"a.ah. kenape?"tanya gua balik.
"best tak bang belajar universiti?"tanya dia lagi.
"best apa jadah universiti gua.macam gampang"ikutkan hati gua nak jawab macam tu tapi sebab dia budak bawah umur niat gua dibatalkan.
"best! ramai kawan-kawan"gua mengapi-apikan semangat beliau untuk masuk universiti jugak.
"beruang kutub makan penguin tak bang?"sejurus selepas soalan tu terpancul kepala gua dengan ligat berfikir.
"makanlah sebab beruang kutubkan karnivor"pehhh..gua jawab sambil dada mencanak naik.tersipu-sipu adik sepupu gua senyum.
"beruang tak makanlah penguin bang sebab beruang kutub ada kat kutub utara.penguin ada kat kutub selatan". memang jerat tu dipasang untuk menjatuhkan gua.

p/s : kalau tanya pasal enjin ker bolehlah gua jawab.ni beruang kutub dengan penguin.tak da langsung dalam selibus pelajaran gua..

0 comments: