Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan salam ramadhan terutama buat ayahanda dan bonda di kampung. semoga kalian sihat walafiat dalam menjalani ibadah puasa pada kali ini. maafkan anakanda kerana tidak dapat pulang pada hari pertama ramadhan kerana sibuk dengan urusan duniawi. tidak lupa juga kepada semua sahabat handai yg dekat mahupun jauh. jangan lupa tarawikh dan sahur (perkara yg membezakan puasa orang-orang Islam dan kafir).

http://www.al-azim.com/falak/solat.cgi

0 comments: