Friday, February 26, 2010

ISLAM vs kristian

Sering kali kita mendengar puak-puak kafir mencela dan menghina Agama Islam. Kata mereka, Islam mendiskriminasikan golongan wanita.

Sekarang bandingkan antara Islam dan Kristian, siapa sebenarnya yang mendiskriminasikan wanita?. Perbandingan ini diambil daripada kitab suci Kristian, iaitu Bible, dan diambil daripada kitab suci Islam, iaitu Al-Quran.

BIBLE

Aku tidak mengizinkan perempuan mengajar dan juga tidak mengizinkannya memerintah laki-laki; hendaklah ia berdiam diri. Kerana Adam yang pertama dijadikan, kemudian barulah Hawa. Lagipula bukan Adam yang tergoda, melainkan perempuan itulah yang tergoda dan jatuh ke dalam dosa.

(1 Timotius 2: 12-14)

Jika seorang wanita tidak mahu menudung kepalanya, lebih baik dia menggunting rambutnya. Tetapi amat memalukan, jika seorang wanita rambutnya digunting atau dicukur, oleh itu lebih baik d ia menudungi kepalanya. Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya: kerana dia mencerminkan rupa dan kemuliaan Allah. Tetapi wanita mencerminkan kemuliaan laki-laki. Sebab laki-laki tidak berasal dari wanita, tetapi wanita berasal dari laki-laki. Dan laki-laki tidak diciptakan untuk kepentingan wanita, tetapi wanita diciptakan kerana laki-laki. Sebab itu, wanita harus memakai tudung sebagai tanda bahawa dia dibenarkan berdoa.

(1 Korintus 11: 6-10)

Tetapi aku mahu, supaya kamu mengetahui hal ini, yaitu Kepala setiap orang laki-laki ialah Kristus, kepala setiap wanita ialah laki-laki dan Kepala dari Kristus ialah Allah.

( 1 Korintus 11: 3)

Jika seorang bapa menjual anak perempuannya sebagai abdi, abdi perempuan itu tidak boleh dibebaskan seperti abdi lelaki. Jika perempuan itu dijualkan kepada seorang lelaki dengan maksud dia menjadi isteri lelaki itu, tetapi jika lelaki itu tidak suka akan dia, maka perempuan itu mesti dijual baik kepada bapanya.

(Keluaran 21: 7-8)

Antara seribu orang, aku menemui seorang lelaki yang dapat aku hormati, tetapi antara mereka tiada seorang wanita yang dapat aku hormati

(Pengkhutbah 7: 28)

Malaikat itu berkata: "Wanita ini melambangkan kejahatan." Kemudian dia menolak wanita itu ke dalam bakul dan menutup bakul itu.

(Zakharia 5: 8)

Kebodohan bagaikan perempuan yang lancang, bebal. dan tidak tahu malu.

(Amsal 9: 13)

Yang didaftarkan sebagai janda, hanyalah mereka yang tidak kurang dari enam puluh tahun, yang hanya satu kali bersuami dan yang terbukti telah melakukan pekerjaan yang baik, seperti mengasuh anak, memberi tumpangan, membasuh kaki saudara-saudara seiman.

(1 Timotius 5: 9-10)






AL-QURAN

“Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain..

(Al Imran 3: 195)

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua”. Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya.

(Al A'raf 7: 21-22)

Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

(Ta Ha 20: 121-122)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Ahzab 33: 59)

Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka

(Al-Ahzab 33: 53)

Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al Baqarah 2: 228)

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

(An Nisa' 4: 34)

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.

(An Nur 24: 6-9)

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

(An Nur 24: 4)

Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim” Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.

(At Tahrim 66: 11-12)

Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

(An Nisa' 4: 7)

Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.

(An Nisa' 4: 11)

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

(An Nisa' 4: 11)

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

(Al Baqarah 2: 222)

Monday, February 15, 2010

soalan disusuri jawapangan

sedang gua rilex2 sesedap rasa main game kt fezbook tiba-tiba melintas makhluk depan gua dengan lajunye berlari menuju ke dapur.

gua kaget so gua follow itu makhluk sampai ke destinasi yg dia nak tuju.

lalu seketul soalan bertaburan keluar dari mulutnye tanpa berfikir panjang.

"ibu masak apa hari ini?" adik gua bertanya dan dengan selambanye ibu gua jawab.......

"ibu masak sedap hari ini" jawab ibu gua ringkas.

selepas merasa puas dengan jawapan ibu, adik gua angkat kaki berlari ke luar semula.gua follow sebab gua rasa tak sedap badan dengan jawapan ibu gua tadi.

situasi diluar...
"ibu aku masak sedap hari ini" adik gua dengan confident dan penuh tawakal menerangkan kepada rakan2 beliau.

"yeke? aku pun nak mintak mak aku masak sedaplah" sahut sorang anak jiran

"kat mana erk ada jual sedap?"gua pulak ambil part join sekaki bertanyakan soalan kepada geng2 adik gua.

"kat pasar ada jual bang"jawab sorang lagi anak jiran sambil tersenyum menayangkan gigi yg berongga.

gua masuk dalam rumah balik untuk menyambung permainan game fezbook gua sambil menggaru kepala...............

p/s : lepas ni gua kena buat meeting dengan ibu gua..

Sunday, February 7, 2010

sang hati

aku cuba mencari dan menjengah kebahagiaan untuk diri sendiri,
aku pernah cuba bangun dari kesakitan yang pernah aku alami,
tapi kenapa makin aku mencuba mencari sesuatu yg terbaik untuk diriku makin hebat aku diuji?

sampai kadang kalanya tak terdaya menahan lagi,
sampai terputus dah semangat ini,
sampai tak tersorok dah kelemahan ini,
sampai aku terduduk sekali lagi.
terduduk kelemahan dek ujian dari MU yg tiada henti.lagi,lagi,dan lagi.hati ini ingin meronta dan menjerit tapi tiada satu pun yg terkeluar.lemahnye kudrat ku.

aku tak mencuba? sampai bila harus aku mencuba.aku dah cuba dan aku tak pernah kenal putus asa.

air mata ini dah lama tak mengalir.janganlah biar dia mengalir lagi.cukuplah ia mengalir kerana orang yg melahirkan aku ke dunia ini.

Tuhan, kau lebih mengerti apa yg tersirat disudut hati ini.aku menadah tangan padamu.aku tak terdaya lagi dengan ujian seperti ini.tak tertanggung lagi dah hati ini.biarlah ini ujian yg terakhir seumpama darimu untuk aku hambamu yg lemah ini.

aku akan tetap memujuk sang hati ini,
aku akan tetap memujuk air mata ini,
aku akan terus memujuk kudrat ini,
biarlah aku yg memujuknya walau berkali-kali.
dengan harapan ia tidak akan jemu dengan pujukan ku.

namun pada hari ini aku terjatuh lagi.mungkin ada yg gembira melihat hidup aku begini.
lantaklah,terpulanglah,biarlah.terserahlah.

hari ini kesedihan itu datang lagi menjengah dan menemani.menarik kaki ini untuk rebah dan jatuh tersungkur lagi,lagi,lagi,lagi.

Tuhan, sampai bila harus semua ini akan berhenti? aku dah hilang daya untuk semua ini."kau lelaki.kau mesti kuat."pujuk aku buat si hati.

jika senyum ini, lakonan ini dan kepura-puraan ini adalah yg terbaik buatku.
aku akan terus tersenyum,

aku akan terus berlakon
dan aku akan terus berpura-pura agar kesakitan ini melupakan aku.dan hati ini akan hidup seperti hati-hati yg lain...aku lakukan hanya kerana dia...........


p/s : i love walking in da rain because no one know i'm crying.........