aku cuba mencari dan menjengah kebahagiaan untuk diri sendiri,
aku pernah cuba bangun dari kesakitan yang pernah aku alami,
tapi kenapa makin aku mencuba mencari sesuatu yg terbaik untuk diriku makin hebat aku diuji?
sampai kadang kalanya tak terdaya menahan lagi,
sampai terputus dah semangat ini,
sampai tak tersorok dah kelemahan ini,
sampai aku terduduk sekali lagi.
terduduk kelemahan dek ujian dari MU yg tiada henti.lagi,lagi,dan lagi.hati ini ingin meronta dan menjerit tapi tiada satu pun yg terkeluar.lemahnye kudrat ku.
aku tak mencuba? sampai bila harus aku mencuba.aku dah cuba dan aku tak pernah kenal putus asa.
air mata ini dah lama tak mengalir.janganlah biar dia mengalir lagi.cukuplah ia mengalir kerana orang yg melahirkan aku ke dunia ini.
Tuhan, kau lebih mengerti apa yg tersirat disudut hati ini.aku menadah tangan padamu.aku tak terdaya lagi dengan ujian seperti ini.tak tertanggung lagi dah hati ini.biarlah ini ujian yg terakhir seumpama darimu untuk aku hambamu yg lemah ini.
aku akan tetap memujuk sang hati ini,
aku akan tetap memujuk air mata ini,
aku akan terus memujuk kudrat ini,
biarlah aku yg memujuknya walau berkali-kali.
dengan harapan ia tidak akan jemu dengan pujukan ku.
namun pada hari ini aku terjatuh lagi.mungkin ada yg gembira melihat hidup aku begini.
lantaklah,terpulanglah,biarlah.terserahlah.
hari ini kesedihan itu datang lagi menjengah dan menemani.menarik kaki ini untuk rebah dan jatuh tersungkur lagi,lagi,lagi,lagi.
Tuhan, sampai bila harus semua ini akan berhenti? aku dah hilang daya untuk semua ini."kau lelaki.kau mesti kuat."pujuk aku buat si hati.
jika senyum ini, lakonan ini dan kepura-puraan ini adalah yg terbaik buatku.
aku akan terus tersenyum,
aku akan terus berlakon
dan aku akan terus berpura-pura agar kesakitan ini melupakan aku.dan hati ini akan hidup seperti hati-hati yg lain...aku lakukan hanya kerana dia...........
p/s : i love walking in da rain because no one know i'm crying.........
Sunday, February 7, 2010
sang hati
Posted by Dany Quecera at 2/07/2010 02:31:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment