sedang gua rilex2 sesedap rasa main game kt fezbook tiba-tiba melintas makhluk depan gua dengan lajunye berlari menuju ke dapur.
gua kaget so gua follow itu makhluk sampai ke destinasi yg dia nak tuju.
lalu seketul soalan bertaburan keluar dari mulutnye tanpa berfikir panjang.
"ibu masak apa hari ini?" adik gua bertanya dan dengan selambanye ibu gua jawab.......
"ibu masak sedap hari ini" jawab ibu gua ringkas.
selepas merasa puas dengan jawapan ibu, adik gua angkat kaki berlari ke luar semula.gua follow sebab gua rasa tak sedap badan dengan jawapan ibu gua tadi.
situasi diluar...
"ibu aku masak sedap hari ini" adik gua dengan confident dan penuh tawakal menerangkan kepada rakan2 beliau.
"yeke? aku pun nak mintak mak aku masak sedaplah" sahut sorang anak jiran
"kat mana erk ada jual sedap?"gua pulak ambil part join sekaki bertanyakan soalan kepada geng2 adik gua.
"kat pasar ada jual bang"jawab sorang lagi anak jiran sambil tersenyum menayangkan gigi yg berongga.
gua masuk dalam rumah balik untuk menyambung permainan game fezbook gua sambil menggaru kepala...............
p/s : lepas ni gua kena buat meeting dengan ibu gua..
Monday, February 15, 2010
soalan disusuri jawapangan
Posted by Dany Quecera at 2/15/2010 08:41:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment