Tuesday, March 30, 2010

emak @ ibu @ mumy @ umi dan sebagainya

semasa menemani mak di dalam fitting r0om,
ku ambil kesempatan untuk membantu mak,
mencuba baju dan seluar yg ingin ku beli utknya,

tetapi..
entah kenapa mata terasa panas bila setiap satu yg ku perhatikan tentang mak,
membuatkan aku sedar tentang 1 hakikat yg tak mampu utk kudrat manusia biasa ku ini,
utk mengubahnya,

wajah mak yg suatu tika dulu ku tatap,
menawan, cantik, murah dgn senyuman se0rang ibu penyayang,
kini penuh dgn kedutan2 seorang tua,
menghiasi penjuru2 wajahnya,

rambutnya masih ku ingat, ikal mayang hitam mnawan,
kini di penuhi rambut2 putih,
seiring usianya, tanpa aku sedari,

matanya yg bundar bercahaya, seperti yg ku peroleh dari nya,
kini tiada lagi sinar,
di litupi kaca mata tebal,
mak tak mmpu lagi melihat jarak jauh dan dekat,
mak akan jadi serba tak kena, tnapa kaca matanya,

bahunya yg ampuh mendukung ku suatu tika dulu,
kini sudah di temani sakit sendi
bila cuba mengangkat barang2 berat,

mak ku seorang yg cantik suatu tika dulu,
tak lagi secantik mana,
selepas melahirkan 3 org anak2 nya,
yg kian meniti kedewasaan dan kematangan,

tangan mak yang tangkas menghayun buaian, menidurkan ku suatu tika dulu,
kini tidak mampu menyarung baju yg ingin ku beli utk nya,
di sebabkan tangannya yg sakit sendi itu,
tak mampu mengangkat tangan sendiri,
utk menyarung baju itu,

pinggang mak yg kuat suatu tika dulu,
kini bertemankan sakit setiap hari,
bila berjalan jauh,
setiap malam perlu bersapu minyak panas,
jika tidak mak langsung tak boleh nak tidur,

kaki mak yang pantas mengejarku suatu tika dulu,
menyambutku ketika tersungkur,
kini di serang sakit sendi setiap hari,
bergantung ubat utk bertahan,
tak mampu lagi,
menyarung seluar yg cuba ku hulur,

mak masih mampu tersenyum,
walau dlm seribu 1 kepayahan,
utk mencuba baju dan seluar itu,
demi utk memuaskan hati aku,

aku juga membantunya,
kerana tak sampai hati aku melihatnya,

akhirnya baju dan seluar itu tidak ku beli,
kata mak,
leceh utk di pakai olehnya,

aku tahu,
serba serbi kekurangn dirinya kini,
membuatkan baju dan seluar itu,
tak dapat di miliki mak,
walau dlm hatinya, mak menginginkannya,

semasa dalam perjalanan pulang,
mak mnyebut,
''tak apa lah, beli lain pun tak apa''

aku hanya mengiyakan,
sedangkan apa yg sedang ku fikirkan,
bukan lah tentang apa yg seorang anak seperti ku akan beli utk seorang mak sepertinya,

tetapi apa yg aku fikirkan ialah,

andai umur ku boleh di tukar ganti,
ingin saja aku pendekkan usia ku berpuluh tahun sekalipun,
utk dapat diberikan pada mak,
supaya mak,
akan sentiasa,
seperti mak yg aku lihat suatu tika dulu,

namun,
kudrat ku sbg insan yg lemah,
membuatku perlu menelan hakikat kepahitan,
bahawa mak,
sedang meniti hari2 tua,

tiada apa yg lebih indah dlm hidup seseorang itu,
apabila seseorang itu lahir di dunia,
mempunyai seorang ibu dan ayah,
di belakang kamu,
yg memarahi kamu,
supaya kamu dapat mnjadi seorang manusia,

seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, biarpun sejauh mana anak itu tersungkur,
itu sudah terbukti di mana2 akhbar berita sekalipun,

10 orang anak, belum tentu mampu menjaga seorang emak,....
sama2 lah berusaha, utk membuktikan,

bahawa kita akan sentiasa berada di sisi emak
sekiranya satu hari nanti, emak tersungkur..

JANGAN HANYA RENUNG2KAN, tapi usaha kan,.

*tiada yg lebih benar melainkan merasa sendiri pengalaman hidup*

Saturday, March 27, 2010

da pocket rocket man

da pocket rocket man buat hal lagi. kali ni memang buat gua geleng kepala. cayalh.habis bergegar itu trek UCI.satu hari gua percayer lu akan taji itu hoy.sikit je lagi.tak jauh pun semalam.setengah tayar jer.hari tu lu sudah weley lengkali lu wekang lak bro.yang buat gua gelak itu levy lu sudah kasi makan asap.teruskan usaha bro.gambatte!!!

p/s : kalau lu orang tertanya2 sape da pocket rocket man ni...sila tukar kerakyatan

Wednesday, March 24, 2010

dikala mengantuk

petang tadi selepas bertumbuk bergaduh baling kerusi dengan guanye sv gara2 PSM (projek sampai mati) gua hang out ECM and anta membe gua nek flight pergi johor.berkasutkan safety boot gua redah ECM.hentam aja.

dalam perjalanan pulang bertenggilingkan skyline Gt-R sunny gua bantai borak zero dengan edy.

"tak lama lagi dah nak katam study.gua dah tak sabar nak keje" gua cakap ikut perasaan yang membuak.sebab tak tahan kena raging dengan UMP.
"gua nak sambung buat master"edy balas dengan berstylo.
"kerja dululah baru sambung master.tapi yg penting bukan kt UMP" ada bau2 gua nak menganjingkan UMP.memang pn.
"ok gak tapi takut tak tersampai hajat tu nanti.dah best keje" edy nasihat gua.
"membe gua ada gak buat master sekarang.busy dengan testis"sebelum kena ceramah gua pusing.

p/s : kalau berani lu orang gelak,gua anta santau.konfem!

Monday, March 22, 2010

ciptaanNYA

seperti base hobi gua menjadi silent rider (reader). terjah dari satu blog ke blog laen buang masa dikala PSM (bkn PMS) tak terlintas langsung dalam kepala. baca pengalaman hidup orang memang gua minat. menjadi panduan hidup gua disamping gua boleh mencuba merasa sendiri pengalaman2 mereka ini.

sedang gua syok jadi stalker angkat selak blog manusia2 lain tiba-tiba gua terjumpa ini........gua kelu dan terkedu.(menikam kalbu belah kanan atas sikit)








وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Al Furqan 25:53)


p/s : inilah sungai dalam laut...

Saturday, March 20, 2010

pendatang asing

pendatang asing...siapa pernah jadi pendatang asing? lu? a'ah lu la yg tengah baca blog gua.tolong angkat kaki dari blog gua sekarang.

dulu masa gua terbanyak masa pernah gua interview seorang pendatang asing.kerja stesen minyak.sedang gua menyuap petrol kurang manis ke kerongkong kereta, gua tanya dia soalan.

"mr, what year you come to malaysia?" gua mulakan perbualan.itu mr. bangla geleng kepala.sah tak faham.gua perbetulkan lagi grammer dan intonasi percakapan gua.dengan penuh berstylo gua soal lagi.

"when you come to malaysia?" sekali lagi dia geleng.tak masuk jugak.gua try lagi.

"you (jari telunjuk gua tuju ke dada dia)..come (tangan buat isyarat kapal terbang)...malaysia...when?" dia tersenyum.gua menadah tangan bersyukur akhirnya dia faham.tak berapa lama lepas tu dia geleng lagi.adoi!

"berapa lama sudah duduk malaysia?".

"3 tahun" ini bangla bergurau kasar dengan gua.gua raba poket seluar ambik handphoe telepon imegresen.

Monday, March 8, 2010

kesalahan itu gua penyebabnya

dikala sedap gua terbaring terkangkang depan tv di hening petang ahad sambil tengok spongebob di kaca tv samsung, tiba2.........

"along, ibu suruh along sapu sampah kat belakang" dari gerak suara dan intonasi yg agak bercelaru dan berserabut gua dapat cam orang yg menyampaikan pesanan tu si nakal.

baru gua nak menoleh, kelibat si nakal hilang begitu sahaja.jam tepat pukul 5 ptg.memang masa si nakal keluar bermain dari kandang.ayah gua dah pesan sebelum pukul 5 jangan keluar.si nakal memang jinak walaupun nakal nye memang di tahap barai.

untuk bergelar anak yg soleh maka selepas asar gua mencapai penyapu dipangkal pokok rambutan.cicak kobeng yg menjengahkan kepala melihat kedatangan gua menjadi mangsa libasan ganas penyapu di tangan.perut pecah.....ada telur sebiji.

gua sapu semua daun2 yg berselerakkan dan kumpulkan di satu tempat.tiba2 entah dari mana angel si nakal datang menyerang daun2 yg gua kumpul dengan sebatang penyapu sambil ketawa dan mengilai.

"kau pernah makan selipar saiz 8?" gertak gua dengan geram.

di hari lain..............
di suatu pagi gua se'family' duduk diruang tamu rumah menonton tv manakala si nakal sibuk menayangkan kereta control baru yg ayah gua belikan kepada rakan2 sepermainan beliau.

"ayah kau belikan ke kereta control nie?" tanya solihin.anak abang sham.
"a'ah.laju taw" jawab si nakal dengan nada berlagak,sombong.bongkak dan takbur serta sedikit bangga.
"boleh aku tengok?" mintak solihin nak menjamah sedikit.
"nah.baik2 taw" pesan si nakal dengan ringkas.secara xsengaja kereta itu jatuh dari pegangan anak jiran gua dan secara tiba2 juga ayat ni terjulur keluar dari mulut si nakal tanpa belas kasihan.

"kau pernah makan selipar saiz 8?" gampang.tiru trademark gua.mak dan apak gua jeling kat gua sambil berkata.

"cikgunye sape?" soklan itu menyebabkan gua garu kelapa (kepala sebenarnye)

Friday, March 5, 2010

gua tak bersalah

sehari sebelum menghabiskan cuti di kampung halaman gua mengajak puteri keluar bershopping barang2 keperluan manusia.

"orang nak ikut..!!!" si nakal serta merta bersuara sambil mengangkat tangan.gua bangga dengan ajaran cikgu tadika kemas.sempurna untuk menjadikan si nakal pelajar yg berjaya.....harapnye.dalam kepala gua lincah berfikir.atas rasa kasih dan sayang gua angkut jugak si nakal pergi.puteri ada nak jaga dia.

"kau nakal2 nanti angah tinggalkan kau kat bangla" pesan puteri.gunakan bangla nak takutkan budak berumur 6 tahun.gua geleng.

dan seperti base putera akan katakan tidak kepada "keluar hang out" kerana tahap pemaluan beliau yg terlalu ketara.parah.

gua kayuh tenggiling ke mydin ayer keroh.jalan sosak memenatkan otak hingga ke lutut sebelah kiri.ditambah lagi dengan double radio dalam kereta gua bertambah sedu.nak buat macam mana dah si nakal dan lagu situasi tak boleh dipisahkan.

lirik sebenar :
"diskriminasi menjatuhkan aku
reputasi kini menjadi bisu"

bila sampai ke si nakal:
"isi nasi menjatuhkan aku
isi nasi tini menjadi lesu"

gua taw sam bunkface suka bila lagu melayu dia yg pertama menjadi buah-buahan di mulut kanak2 macam si nakal tapi di sebalik tabir gua rasa dia nangis guling2 sambil menghentak-hentakkan kaki di lantai.

seperti yg dijanjikan oleh si nakal kepada puteri maka si nakal berkelakuan baik hari ini (di mydin).hanya troli menjadi mainannya.

tiba2 puteri mengajak gua berkhemah sebentar di KFC.dah lama tak kena drumtick gua sayu.si nakal melonjak2 kegembiraan sambil mengucapkan kata2 "padan muke abang tak ikut.tak dapat makan KFC" ditujukan kepada putera di rumah.

KFC jaya jusco destinasi seterusnya sambil mengharapkan tiada lagi lagu situasi berkumandang dalam guanye tenggiling.berjaya!

gua suruh puteri cari tempat kerana orang ramai sementara si nakal menggenggam erat tangan gua menuju ke kaunter pembelian ayam.

"makan kat sini ke encik?" ayat pertama yg biasa lu orang dengar bila di kaunter KFC.baru gua nak bukak mulut tetiba si nakal meluncurkan kata2 yg gua rasa boleh menyebabkan awek di kaunter letak jawatan.

"taknak makan kat sini.nak makan kat meja sana" sambil menuding jari ke arah puteri.

adoi!baru berumur 6 tahun tapi ayat lu ngorat awek macam gampang.(gua hanya mampu berkata dalam hati sebab.....next entry will tell)

-TAMAT-