semasa menemani mak di dalam fitting r0om,
ku ambil kesempatan untuk membantu mak,
mencuba baju dan seluar yg ingin ku beli utknya,
tetapi..
entah kenapa mata terasa panas bila setiap satu yg ku perhatikan tentang mak,
membuatkan aku sedar tentang 1 hakikat yg tak mampu utk kudrat manusia biasa ku ini,
utk mengubahnya,
wajah mak yg suatu tika dulu ku tatap,
menawan, cantik, murah dgn senyuman se0rang ibu penyayang,
kini penuh dgn kedutan2 seorang tua,
menghiasi penjuru2 wajahnya,
rambutnya masih ku ingat, ikal mayang hitam mnawan,
kini di penuhi rambut2 putih,
seiring usianya, tanpa aku sedari,
matanya yg bundar bercahaya, seperti yg ku peroleh dari nya,
kini tiada lagi sinar,
di litupi kaca mata tebal,
mak tak mmpu lagi melihat jarak jauh dan dekat,
mak akan jadi serba tak kena, tnapa kaca matanya,
bahunya yg ampuh mendukung ku suatu tika dulu,
kini sudah di temani sakit sendi
bila cuba mengangkat barang2 berat,
mak ku seorang yg cantik suatu tika dulu,
tak lagi secantik mana,
selepas melahirkan 3 org anak2 nya,
yg kian meniti kedewasaan dan kematangan,
tangan mak yang tangkas menghayun buaian, menidurkan ku suatu tika dulu,
kini tidak mampu menyarung baju yg ingin ku beli utk nya,
di sebabkan tangannya yg sakit sendi itu,
tak mampu mengangkat tangan sendiri,
utk menyarung baju itu,
pinggang mak yg kuat suatu tika dulu,
kini bertemankan sakit setiap hari,
bila berjalan jauh,
setiap malam perlu bersapu minyak panas,
jika tidak mak langsung tak boleh nak tidur,
kaki mak yang pantas mengejarku suatu tika dulu,
menyambutku ketika tersungkur,
kini di serang sakit sendi setiap hari,
bergantung ubat utk bertahan,
tak mampu lagi,
menyarung seluar yg cuba ku hulur,
mak masih mampu tersenyum,
walau dlm seribu 1 kepayahan,
utk mencuba baju dan seluar itu,
demi utk memuaskan hati aku,
aku juga membantunya,
kerana tak sampai hati aku melihatnya,
akhirnya baju dan seluar itu tidak ku beli,
kata mak,
leceh utk di pakai olehnya,
aku tahu,
serba serbi kekurangn dirinya kini,
membuatkan baju dan seluar itu,
tak dapat di miliki mak,
walau dlm hatinya, mak menginginkannya,
semasa dalam perjalanan pulang,
mak mnyebut,
''tak apa lah, beli lain pun tak apa''
aku hanya mengiyakan,
sedangkan apa yg sedang ku fikirkan,
bukan lah tentang apa yg seorang anak seperti ku akan beli utk seorang mak sepertinya,
tetapi apa yg aku fikirkan ialah,
andai umur ku boleh di tukar ganti,
ingin saja aku pendekkan usia ku berpuluh tahun sekalipun,
utk dapat diberikan pada mak,
supaya mak,
akan sentiasa,
seperti mak yg aku lihat suatu tika dulu,
namun,
kudrat ku sbg insan yg lemah,
membuatku perlu menelan hakikat kepahitan,
bahawa mak,
sedang meniti hari2 tua,
tiada apa yg lebih indah dlm hidup seseorang itu,
apabila seseorang itu lahir di dunia,
mempunyai seorang ibu dan ayah,
di belakang kamu,
yg memarahi kamu,
supaya kamu dapat mnjadi seorang manusia,
seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, biarpun sejauh mana anak itu tersungkur,
itu sudah terbukti di mana2 akhbar berita sekalipun,
10 orang anak, belum tentu mampu menjaga seorang emak,....
sama2 lah berusaha, utk membuktikan,
bahawa kita akan sentiasa berada di sisi emak
sekiranya satu hari nanti, emak tersungkur..
JANGAN HANYA RENUNG2KAN, tapi usaha kan,.
*tiada yg lebih benar melainkan merasa sendiri pengalaman hidup*
Tuesday, March 30, 2010
emak @ ibu @ mumy @ umi dan sebagainya
Posted by Dany Quecera at 3/30/2010 08:21:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mak is wonderful!~
u make me cry.really touch with your story..may ALLAH always bless you and your family.awak ada bakat dlm coretan penulisan..keep it up..
Post a Comment