sehari sebelum menghabiskan cuti di kampung halaman gua mengajak puteri keluar bershopping barang2 keperluan manusia.
"orang nak ikut..!!!" si nakal serta merta bersuara sambil mengangkat tangan.gua bangga dengan ajaran cikgu tadika kemas.sempurna untuk menjadikan si nakal pelajar yg berjaya.....harapnye.dalam kepala gua lincah berfikir.atas rasa kasih dan sayang gua angkut jugak si nakal pergi.puteri ada nak jaga dia.
"kau nakal2 nanti angah tinggalkan kau kat bangla" pesan puteri.gunakan bangla nak takutkan budak berumur 6 tahun.gua geleng.
dan seperti base putera akan katakan tidak kepada "keluar hang out" kerana tahap pemaluan beliau yg terlalu ketara.parah.
gua kayuh tenggiling ke mydin ayer keroh.jalan sosak memenatkan otak hingga ke lutut sebelah kiri.ditambah lagi dengan double radio dalam kereta gua bertambah sedu.nak buat macam mana dah si nakal dan lagu situasi tak boleh dipisahkan.
lirik sebenar :
"diskriminasi menjatuhkan aku
reputasi kini menjadi bisu"
bila sampai ke si nakal:
"isi nasi menjatuhkan aku
isi nasi tini menjadi lesu"
gua taw sam bunkface suka bila lagu melayu dia yg pertama menjadi buah-buahan di mulut kanak2 macam si nakal tapi di sebalik tabir gua rasa dia nangis guling2 sambil menghentak-hentakkan kaki di lantai.
seperti yg dijanjikan oleh si nakal kepada puteri maka si nakal berkelakuan baik hari ini (di mydin).hanya troli menjadi mainannya.
tiba2 puteri mengajak gua berkhemah sebentar di KFC.dah lama tak kena drumtick gua sayu.si nakal melonjak2 kegembiraan sambil mengucapkan kata2 "padan muke abang tak ikut.tak dapat makan KFC" ditujukan kepada putera di rumah.
KFC jaya jusco destinasi seterusnya sambil mengharapkan tiada lagi lagu situasi berkumandang dalam guanye tenggiling.berjaya!
gua suruh puteri cari tempat kerana orang ramai sementara si nakal menggenggam erat tangan gua menuju ke kaunter pembelian ayam.
"makan kat sini ke encik?" ayat pertama yg biasa lu orang dengar bila di kaunter KFC.baru gua nak bukak mulut tetiba si nakal meluncurkan kata2 yg gua rasa boleh menyebabkan awek di kaunter letak jawatan.
"taknak makan kat sini.nak makan kat meja sana" sambil menuding jari ke arah puteri.
adoi!baru berumur 6 tahun tapi ayat lu ngorat awek macam gampang.(gua hanya mampu berkata dalam hati sebab.....next entry will tell)
-TAMAT-
Friday, March 5, 2010
gua tak bersalah
Posted by Dany Quecera at 3/05/2010 12:42:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment