Monday, March 8, 2010

kesalahan itu gua penyebabnya

dikala sedap gua terbaring terkangkang depan tv di hening petang ahad sambil tengok spongebob di kaca tv samsung, tiba2.........

"along, ibu suruh along sapu sampah kat belakang" dari gerak suara dan intonasi yg agak bercelaru dan berserabut gua dapat cam orang yg menyampaikan pesanan tu si nakal.

baru gua nak menoleh, kelibat si nakal hilang begitu sahaja.jam tepat pukul 5 ptg.memang masa si nakal keluar bermain dari kandang.ayah gua dah pesan sebelum pukul 5 jangan keluar.si nakal memang jinak walaupun nakal nye memang di tahap barai.

untuk bergelar anak yg soleh maka selepas asar gua mencapai penyapu dipangkal pokok rambutan.cicak kobeng yg menjengahkan kepala melihat kedatangan gua menjadi mangsa libasan ganas penyapu di tangan.perut pecah.....ada telur sebiji.

gua sapu semua daun2 yg berselerakkan dan kumpulkan di satu tempat.tiba2 entah dari mana angel si nakal datang menyerang daun2 yg gua kumpul dengan sebatang penyapu sambil ketawa dan mengilai.

"kau pernah makan selipar saiz 8?" gertak gua dengan geram.

di hari lain..............
di suatu pagi gua se'family' duduk diruang tamu rumah menonton tv manakala si nakal sibuk menayangkan kereta control baru yg ayah gua belikan kepada rakan2 sepermainan beliau.

"ayah kau belikan ke kereta control nie?" tanya solihin.anak abang sham.
"a'ah.laju taw" jawab si nakal dengan nada berlagak,sombong.bongkak dan takbur serta sedikit bangga.
"boleh aku tengok?" mintak solihin nak menjamah sedikit.
"nah.baik2 taw" pesan si nakal dengan ringkas.secara xsengaja kereta itu jatuh dari pegangan anak jiran gua dan secara tiba2 juga ayat ni terjulur keluar dari mulut si nakal tanpa belas kasihan.

"kau pernah makan selipar saiz 8?" gampang.tiru trademark gua.mak dan apak gua jeling kat gua sambil berkata.

"cikgunye sape?" soklan itu menyebabkan gua garu kelapa (kepala sebenarnye)

2 comments:

~bi[L]LY^LiL[L]Y~ said...

hahaha..~
pengaruh tuh..~

Dany Quecera said...

terlajak prahu blh diundur.terlajak kta ttup mlut sndri sudah...ahakz!