jam di dashboard kereta tepat menunjukkan jam 12.05am. gua mengambil keputusan untuk menggunakan jalan kampung untuk pulang ke rumah.jalan raya itu sunyi dan tiada kereta yang datang dari arah bertentangan mahupun yg sehala dengan gua.tidak seperti lebuhraya AMJ yang sentiasa sibuk dengan berbagai2 jenis tenggiling.
sementara radio memutarkan lagu, genggaman kedua-dua tangan gua kemas melekat di stereng kereta dengan kelajuan sekitar 70 ke 80 km/j.roti nan yang gua telan dengan member-member lama di restoran tadi mulai mendak ke dasar perut.sisa-sisa sendawa masih terasa menujah dihujung kerongkong.
dikiri dan kanan jalan hanya tersergam sebuah demi sebuah rumah kampung.pemandangan malam memang tidak menarik tetapi angin malam yang bertiup tepat ke arah muka menjadikan suasana malam itu memberikan sedikit keselesaan kepada gua.perjalanan dari bandar melaka ke rumah gua tidaklah begitu jauh.hanya mengambil masa 5 ke 10 minit jika meter kereta bermain di angka 130 atau 140 km/j tetapi akan mengambil masa 15 ke 20 minit jika lu orang pemandu 'berkhemah' macam gua.
melintasi sebuah jambatan yang memisahkan dua kampung mata gua tertarik ke perhentian bus yang terletak tidak jauh dari pinggir jalan.gua menajamkan pandangan.jelas kelihatan seorang makcik sedang menunggu seseorang.mustahil jika dia menunggu bus town kerana seingat gua tiada bus town yang bergerak pada waktu malam di melaka.
berpakaian dan bertudung serba putih.tiada riak wajah yang dapat gua lihat kerana suasana yang begitu gelap.hanya sekujur tubuh yang setia menanti kedatangan seseorang.melepasi perhentian bus itu gua menumpukan kembali pandangan gua ke jalan raya.cermin pandang belakang gua jengah dan makcik yg gua lihat sebentar tadi tidak lagi kelihatan.
tanpa menunggu walau sesaat gua menekan punat untuk menaikkan cermin kereta.bulu roma sudah gua rasakan mula meremang dan terpacak naik.paddle minyak gua tekan sambil meter menunjukkan kelajuan ke 110 km/j.ayat-ayat pendinding yang pernah gua belajar terus bermain dimulut.menghadapi musuh ghaib bukan pilihan gua.
walaupun aircond tidak dipasang tapi sejuknya masih terasa.gua mengambil keputusan untuk menggunakan jalan besar.sampai disuatu simpang gua membelok ke kiri.setiap minit mata gua akan melirik ke cermin pandang belakang.dalam hati gua berharap tiada apa yg pelik akan muncul.
tiba-tiba handphone yg gua letakkan di tempat duduk sebelah berbunyi.tiada nama yg tertera discreen handphone.selang beberapa minit ia berbunyi lagi.tetap tiada nama di screen.kali ini gua membaranikan diri untuk mengangkat panggilan itu namun tiada suara kedengaran dihujung talian.gua melihat di screen kembali.tertera dengan jelas ayat ini.
"BANGUN SOLAT SUBUH"
p/s : patutlah gua tak dengar suara dihujung talian.alarm rupanya..
Tuesday, June 1, 2010
malam itu...
Posted by Dany Quecera at 6/01/2010 08:39:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment