Friday, July 30, 2010

satu kehadiran (12)

sinarilah kegelapan

jika anda melihat kembali keterangan mengenai dajal yang pernah saya paparkan disini mengenai "sunray" dan juga artis yang terlibat dengan golongan iluminati maka kesimpulan pada kebenarannya saya lampirkan pada gambar dibawah.


dalam lagu nyanyian madonna ketika dia mendengungkan perkataan "hmmm" itu sebenarnya sebutannya ialah "ommm" kerana memuja berhala hindu iaitu "om".

kenapa ahli kabbalah yahudi itu hendak mengalunkan nama berhala hindu pula? kerana mereka tahu elemen berhala hindu dan elemen penyembahan dalam kabbalah adalah sama. ia adalah elemen mitos sama yang digunapakai dan disembah menerusi pelbagai tamadun.





sekarang madonna telah menjadi peneraju artis illuminati iaitu sekutu freemason tetapi tidak bermakna semua artis yang bekerja dalam industri yang sama bersifat syaitan atau menyebar agenda yang sama. ramai juga artis yang mencipta lagu dan irama mereka sendiri.

walau bagaimanapun, kebanyakkan artis pop popular menjadi alat kepada puak illuminati dan dajal kerana kebanyakkan artis ini bukan seniman sebenar. mereka tidak mencipta lagu mereka sendiri atau menulis lirik mereka sendiri atau memilih sendiri lagu mereka. mereka hanya diarahkan sahaja.

bermakna lagu dipilih untuk mereka. orang lain menulis lirik, orang lain mencipta lagu dan sebagainya. memandangkan illuminati dan freemason yang mengawal industri, mereka jugalah yang mengawal turun naiknya artis tersebut.

kebanyakkan bintang ini mempunyai suara yang lunak. kebanyakkan pula hanya sebagai boneka. menjajah minda kita berkenaan gaya masa kini dan pengaruh mereka. ramai dari mereka masih buta dengan agenda besar dajal kerana telah buta dengan dunia semata-mata. namun ada juga antara mereka yang sedar dan tahu.






inilah cara puak illuminati menggunakan muzik sebagai alat untuk mengawal dan beginilah cara dendangan syaitan dibangunkan.




jika dimalaysia kita baru melihat tanda-tanda kecil penglibatan pihak illuminati ini namun dibarat mereka telah berjaya memperluaskan pengaruh mereka.

jika ianya artis yang berjaya dan menggunakan muzik sebagai medium untuk menyentuh sesuatu isu, dia akan dipantau. pertama mereka akan memusnahkan imej artis tersebut. contoh artis yang saya maksudkan ialah michael jackson.

mereka telah menghancurkan michael jackson dengan menyebarkan berita bahawa dia seorang peliwat kanak-kanak hanya kerana michael jackson tidak mahu mengikut telunjuk mereka. dengan mudah mereka menghancurkan michael jackson kerana mereka telah pun menguasai media massa. konspirasinya yang didedahkan sekarang, michael dibunuh kerana telah memeluk Islam.

Mikael (nama islam michael jackson) dalam kenangan, 1958-2009. Al-Fatihah.

itu pilihan yang mereka berikan kepada artis-artis yang tidak mahu mengikut agenda mereka.2 pilihan.ikut atau akan dihapuskan.

kita lihat pula sejarah bob marley. artis yang turut dihapuskan oleh pihak illuminati ini.

"dia ada idea, idea yang berbisa bagi pihak illuminati. bob marley percaya kita boleh mengubat dan menyembuhkan sifat perkauman dan kebencian yang selalu diagungkan oleh negara barat dengan meneyerapkan muzik dan kasih sayang dalam kehidupan manusia. itulah sebabnya bob marley bergiat dalam bidang muzik dan telah berjaya memberikan impak yang besar namun ini tidak disukai oelh pihak illuminati. semasa dia dijadualkan membuat persembahan di satu perarakan aman, lelaki bersenjata datang ke rumahnya dan menembaknya. 2 hari kemudian dia berjalan ke pentas dan membuat perembahan. ada diantara mereka bertanya 'mengapa'? dia kata 'orang-orang' yang ingin memburukkan keadaan didunia ini tidak pernah berhenti walau sehari. bagaimana saya boleh berehat?...sinarilah kegelepan itu..."



puak syaitan tidak mahu mzik yang menaikkan semangat mendominasi industri dan menyentuh keperluan masyarakat. mereka lebih gemar memilih artis mereka untuk menyampaikan dakyah.



[bersambung]

Friday, July 16, 2010

satu kehadiran (11)

sihir muzik

ada banyak alat yang digunakan untuk mengekalkan sistem dajal supaya terus subur. ada diantaranya kita telah bincangkan dan yang lainnya akan ditunjukkan kepada anda kemudian.

salah satu alat yang paling berkesan telah dipilih untuk diberi perhatian khusus. menjajah minda manusia dengan menggunakan media. sebagai contoh, mesej yang jelas sekali ditujukan kepada anda, yang mana sering ditonjolkan dalam berita.

ramai yang gagal mengenalpasti mesej tersembunyi dan menjajah yang disebarkan melalui muzik, iklan, filem, kartun dan rancangan-rancangan tv yang lain beransur-ansur dan pastinya selebriti-selebriti turut menyebarkan mesej-mesej ini sama ada mereka sedar atau tidak terlibat dalam manipulasi ini yang mana mereka sendiri menjadi idola untuk diikuti oleh pengikut-pengikut mereka.

apa yang dilakukan oleh puak iblis ini, ialah mengawal selebriti dan industri hiburan ini, dan akhirnya mereka menjadi alat dalam penyebaran dakyah. nah! inilah yang sedang berlaku sejak tahun 60an. ini merupakan penyembahan berhala pada masa lalu..



penyembahan kepada matahari



penyembahan berhala pada masa kini..





sebenarnya filem mempunyai mesej pada 2 tahap yang berlainan.
1) untuk penonton yang tidak sedar. mesej inilah yang paling menonjol.
2) makna yang rahsia dan mendalam dibelakang produksi media, dimiliki dan dikawal oleh puak penyambah iblis.

adakah cara ini dapat diserap dalam muzik? tentu sekali ya kerana apa yang kita dengar seperti lagu cinta yang dinyanyikan untuk seseorang atau pasangan anda adalah sebenarnya lagu yang ditujukan untuk penyembahan kepada dajal dan sistemnya. tidak percaya? nah! cuba lihat video dibawah ini.



kadangkala dengan segelintir artis mesej lagu tersebut sangat bersifat memuja syaitan. diarahkan daripada dajal dan syaitan terus kepada anda. tidak perlu bersusah payah untuk mencari maknanya jika ia ada didalam lagu tersebut ianya sangat menonjol tidak perlu dikupas lagi tapi....SANGAT MENONJOL KEPADA PENDENGAR DAN PENONTON YANG MENGAMBIL BERAT.



perjalanan hidup ini bukan mudah. tetapi adalah penting untuk mencapai kebebasan minda supaya tidak menerima dengan mudah apa sahaja yang dipertontonkan pada kita. saya ulang sekali lagi. jangan mudah menerima apa sahaja yang dipersembahkan kepada anda. [bersambung]

Thursday, July 8, 2010

satu kehadiran (10)

terdapat banyak binaan yang didedikasikan kepada dajal. salah satunya ialah wafi mall. kenapa saya katakan begitu? mari kita lihat corak dan binaan didalam bangunan ini.





adakah anda tahu apa yang digambarkan dengan 'burung di belakang kepala' ini? anda tahu mereka tidak menyembah Allah tapi siapa yang mereka sembah? anda akan tahu juga nanti.






satu mata melihat semua yang disembah pada mesir purba. dan hari ini??

dolar amerika

kita tidak perlu menyoal tentang perancangan syaitan yang sedang berubah. ini adalah masa untuk bangkit dan sedar. anda sedang berada di pihak mana. jika anda dapat memahami segala yang ditunjukkan setakat ini, anda patut dapat memahami pendedahan binaan ini. dirakam dalam bangunan yang sama..






saya mengambil sedikit petikan dari filem matirx dan didalam filem ini bayangkan anda sebagai watak neo.




apakah definasi al-dajal?
"jika anda melihat pada perkataan dasar, kerana bahasa arab ada perkataan dasar dan perkataan dasar mempunyai makna asas yang menunjukkan dimana perkataan itu lahir. perkataan "dajjala" digunakan orang arab bila mana unta mereka mempunyai penyakit kulit."

"bila ada penyakit mereka akan menampal rumput di atas badan unta sebagai rawatan dan memanggilnya "jideddiru" dan mereka akan menampal rumput ini diseluruh badan unta supaya anda tidak melihat penyakit di unta itu. pada zahirnya unta itu nampak sihat, sebab telah ditampal rumput di badannya."

"anda faham idea ini? inilah yang dilakukan dajal, menampal semua penyakit dan kesesatan supaya anda nampak ianya bagus sekali. jadi dajal akan datang dan merayu manusia sama seperti seruan Nabi Isa a.s supaya mengejar akhirat, dajal menyeru supaya manusia mengejar dunia. sama seperti Nabi Isa a.s beritahu mereka, dunia adalah tipudaya dan akan memperdaya anda. dajal akan menyeru bahawa akhirat itulah tipu daya."


"bermakna, dajal akan memaksa anda bahawa dunia inilah yang sebenarnya perlu dicari. seperti iklan bir "anda hanya hidup sekali, buatlah sesuka hati anda" (iklan budweiser) "anda hanya hidup sekali, anda hanya bernyawa sekali, jadi buatlah sesuka hati" begitu juga dengan baju t-shirt yang begitu semakin populor di amerika ini.



inilah mesej pada zaman ini. ianya satu mesej mengikut kebendaan. mesej yang mengajar manusia yang mereka akan bahagia dengan membeli belah atau kata lain berduit. berbelanjalah dan anda akan bahagia. "don't worry be happy" inilah slogan mereka.


"dibelakang wang dolar amerika ada cop mohor. ia dikenali "cop mohor agung amerika" @ the great seal. itulah sebenarnya cop mohor amerika. di cop mohor ini ada piramid dengan satu mata. mata ini simbol "tuhan ra". disinilah asal perkataan 'ray' atau 'sunray'. berhala mesir tuhan matahari. mitos yang sama. inilah yang disembah oleh puak freemason (sunray)."

"jika anda lihat pada dolar amerika itu, piramid itu dibina kecuali di bahagian atas puncaknya.mata itu tergantung di atas puncak. ia belum turun lagi kerana mereka percaya sebelum mereka habiskan projek masonic mereka seperti yang tertera dibawah iaitu "novus ordo seclorum" dan "aneu coeptis"

'dia' sangat gembira dengan projek ini. anda tahu 'tuhan' mereka sangat gmebira dengan projek mereka.apakah projek mereka? inilah persoalannya.

"projek mereka ialah untuk menjadikan dunia ini sekular. memisahkan secara total kehidupan manusia kepada agama. inilah projek mereka, sebab itu ia dikenali dengan "novus ordo seclorum". dunia dengan order baru yang sekular. jika anda menafsirkannya ke bahasa arab, maksudnya syurga dunia. bukan Al'-Jaddin (spiritual), ia akan jadi Al-Duniawi, satu order baru untuk dunia."
(ayat bertulisan putih dipetik dari salah satu ceramah oleh sheikh hamza yusuf. bukan rekaan saya)


satu dunia yang dibina atas tipudaya dan kebendaan materialisme. 'hidup gaya moden', 'dunia tanpa batasan'. dunia kebendaan yang berisi dengan nikmat dunia, yang anda tak pernah dapat mencapainya. tetapi dengan tipudaya dajal, anda akan menyerahkan seluruh hidup anda untuk mencapainya. untuk mencapainya anda perlu menjadi sebahagian dari sistem itu, dan menghambakan diri kepada sistem itu. dan apakah yang anda akan jadi?

A SLAVE



[bersambung]..

p/s : saya menyeru kepada anda jika menemui group yang menghina agama Islam samada di facebook, twitter, tagged dan sebagainya tolong jangan sebarkan kepada rakan-rakan anda dengan kata lain mempopularkan group itu kerana bayangkan jika saudara-saudara kita yang lemah pegangan agamanya menjumpai link-link tersebut. pasti mereka akan tergugat. memang itu yang diharapkan oleh kumpulan-kumpulan lakntullah itu agar dakyah-dakyah mereka sampai kepada semua. may Allah bless us and unite us in the ummah.

Monday, July 5, 2010

satu kehadiran (09)

kitab suci Al-Quran ada menceritakan didalam surah taha..

"sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa didunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya"[48]

"(setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), firaun berkata : Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai musa?" [49]

"Nabi Musa menjawab : Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu : kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya (menyempurnakan kejadian makhluknya), kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya"[50]

"firaun bertanya lagi : jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?"[51]

"nabi musa menjawab : pengetahuan mengenainya ada disisi Tuhanku, tertulis didalam sebuah kitab : Tuhanku tidak pernah keliru dan Dia juga tidak pernah lupa"[52] - rasanya ayat ini boleh menyingkirkan prinsip al-bada' kaum syiah. kalian setuju??

"(Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang dan Dia juga telah menurunkan hujan dari langit. maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya"[53]

"(makanlah kamu daripadanya dan berilah binatang-binatang ternak kamu ; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran)"[54]

"dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi"[55]

"dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada firaun segala tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami ; dalam pada itu dia mendustakannya dan enggan beriman"[56]


"maka firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu dia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya"[78]

"dan dengan itu firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan dan tidaklah dia membawa mereka ke jalan yang benar"[79]

sesiapa pun yang biasa dengan Al-Quran akan faham bahawa keajaiban kitab ini adalah kebenarannya dan akan sentiasa relevan selamanya bahkan menjadi petunjuk untuk sepanjang zaman. oleh yang demikian, fahamilah bahawa kisah firaun didalam Al-Quran bukan hanya merujuk kepada firaun yang dihadapi nabi musa a.s tetapi untuk semua jenis sistem kekuasaan dan pemerintahan, yang mencabar keesaan dan kekuasaan Allah, dengan kehendak mereka sendiri.

saya kenalkan kepada anda firaun masa kini.tidakkah anda hairan, setiap perincian mengenai kehidupan mesir kuno ada dicatat oleh mereka tetapi tiada yang ditemui berkenaan pencapaian terunggul mereka iaitu piramid.mengapa tidak dinyatakan bagaimana piramid dibina? kerana misteri atau rahsia purba ini adalah petunjuk penting dari satu teka teki yang besar.





sumbang mahram juga dipraktikkan firaun pada zaman mesir kuno.ibu berkahwin dengan anak, abang berkahwin dengan adik untuk mengekalkan kuasa dan wang dikalangan ahli keluarga.dan ianya berterusan pada hari ini. kita masih diperintah oleh keturunan firaun yang sama hari ini.

stuktur pemerintahan firaun


struktur pemerintahan hari ini


di dubai yang terkenal dengan bangunan-bangunan yang unik dan mencakar langit telah menjadi satu tanda tanya kerana ada sesuatu yang tidak kena disana.burj of dubai merupakan bangunan tertinggi didunia dan ia boleh dilihat dari seluruh dubai. mengapa ia diselubungi kabus?



menara bangunan emirates yang mereka panggil gerbang


lihat pula wafi shopping mall yang didedikasikan untuk firaun."wafi" bermaksud seorang yang setia.mari lihat secara dekat.



anda mahu lihat didalamnya? [bersambung]


p/s : sedang golongan illuminati membuat persiapan yang begitu rapi bagi menyambut kedatangan dajjal aku tertanya-tanya apa pula yg umat muslim lakukan untuk menyambut imam terakhir kita? menyesatkan, membida'ahkn, mensyirikkan dan juga mengkafirkan sesama sendiri? bilakah terbentuknya satu ummah..? pening melihat pertikaian yang berlaku antara syiah, sunni dan wahabi.

Thursday, July 1, 2010

satu kehadiran (08)

bagi mereka yang mendapat kesulitan untuk memahami isu konsep bangunan dan tenaga. saya cuba huraikan secara ringkas.

sebenarnya ini kita dikawal pada 3 cara yang berlainan tetapi saling berkait. 3 cara itu ialah :

minda

tubuh

jiwa

anda perlulah memahami potensi diri barulah anda dapat memahami pengajaran penting dari sebuah sistem yang mengawal anda. jadi inilah konsep yang harus anda fahamkan.

semuanya masih berkisar mengenai tenaga. seperti biasa saya akan ajuakan soalan kepada anda dahulu. jika anda memecahkan bahagian-bahagian badan anda, apakah bahagian terkecil yang akan anda perolehi? dapat? sudah tentulah atom, elektron dan proton. lihat disini jika anda tidak memahaminya.


apa ertinya ini? ertinya, struktur bentuk tubuh badan kalian yang paling asas diperbuat daripada sumber tenaga. begitu juga dengan dunia dan alam semesta di sekitar anda.




ini bermakna Allah telah mencipta anda sebagai pemancar sumber tenaga, dimana anda dapat dipengaruhi oleh tenaga sekitar anda. yang lebih penting anda dapat dipegaruhi juga oleh tenaga disekitar anda.

anda dapat melepaskan tenaga positiv dan juga tenaga negativ. anda juga dapat dipengaruhi tenaga positiv atau negativ. bagaimana ini berlaku?

jika anda mengeluarkan tenaga positiv dan melepaskannya pada getaran tinggi, tenaga ini akan bergabung dengan tenaga luar dari jenis yang sama iaitu POSITIV. ini akan menetapkan anda pada lingkungan tenaga positiv.

jika anda mengeluarkan tenaga negativ, ia akan bergabung dengan tenaga negativ luaran dan menetapkan anda pada keadaan NEGATIV. memantul kembali tenaga NEGATIV kepada anda. seperti yang dikatakan, "apa yang ditanam, itulah yang dituai"

jadi anda sangat dipengaruhi oleh tenaga yang ada disekitar anda. sebab itu kita akan rasa sangat positiv dan menyegarkan dengan tenaga alam semulajadi.




betul tak apa yang saya katakan? dengan melihat keadaan semulajadi pun anda akan dapat merasa ketenangan. tetapi sebaliknya jika anda berada di sekitar kota. jika tidak negativ pun ianya suasana yang kaku.


contoh lain jika anda memasuki sebuah masjid anda akan merasakan secara langsung tenaga positiv dan kerohanian. pernah tak anda dengar pernyataan ini? "jangan membawa ke rumah Allah ini sesuatu, kecuali untuk beribadah dan mengingati Allah" ia adalah disebabkan ibadat yang dilakukan menyebabkan tenaga yang disalurkan sangat positiv dan penuh kerohanian dan inilah sebabnya masjid dibina dengan cara yang sama. untuk menyalurkan tenaga yang positiv.


mengapa terjadi demikian? kerana oktagon, kubah dan piramid adalah bentuk yang paling berkesan untuk struktur yang meyalur tenaga. tetapi persoalannya macam mana kita nak tahu jenis tenaga yang disalurkan didalam bangunan-bangunan itu? kegiatan atau perbuatan manusia didalam binaan tersebut yang menentukan jenis tenaga yang disalurkan.

berbalik kepada binaan yang dilakukan oleh golongan elit pasti banyak kegiatan atau ritual yang dilakukan untuk menyalur tenaga negativ dan tenaga kejahatan. [bersambung]

p/s : tahukah anda bagaimana cara wanita-wanita yahudi memakai tudung?



ini pula contoh wanita malaysia mengenakan tudung alah-alah yahudi. ikut wanita-wanita dari iran rasanya. tapi bukankah populasi yahudi di iran lagi ramai dari israel? memang bangsa-bangsaku suka mengikut-ngikut tanpa berfikir. (shame of islam)




ada perbezaan? ada? apa perbezaanya? dan ini pula ialah cara wanita-wanita muslim bertudung.



ada sesiapa yang nak kata saya kolot? berfikiran sempit? cuba lihat surah an-nur ayat 31. masih mahu menolaknya? tapi bukankah percaya kepada Al-Quran merupakan rukun iman yang ketiga? ada yang masih nak menolak? ISLAMKAH jika menolak apa yang dikatakan dalam Al-Quran? percayalah dunia ini sudah tiba ke penghujungnya........