Monday, July 5, 2010

satu kehadiran (09)

kitab suci Al-Quran ada menceritakan didalam surah taha..

"sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa didunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya"[48]

"(setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), firaun berkata : Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai musa?" [49]

"Nabi Musa menjawab : Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu : kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya (menyempurnakan kejadian makhluknya), kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya"[50]

"firaun bertanya lagi : jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?"[51]

"nabi musa menjawab : pengetahuan mengenainya ada disisi Tuhanku, tertulis didalam sebuah kitab : Tuhanku tidak pernah keliru dan Dia juga tidak pernah lupa"[52] - rasanya ayat ini boleh menyingkirkan prinsip al-bada' kaum syiah. kalian setuju??

"(Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang dan Dia juga telah menurunkan hujan dari langit. maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya"[53]

"(makanlah kamu daripadanya dan berilah binatang-binatang ternak kamu ; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran)"[54]

"dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi"[55]

"dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada firaun segala tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami ; dalam pada itu dia mendustakannya dan enggan beriman"[56]


"maka firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu dia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya"[78]

"dan dengan itu firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan dan tidaklah dia membawa mereka ke jalan yang benar"[79]

sesiapa pun yang biasa dengan Al-Quran akan faham bahawa keajaiban kitab ini adalah kebenarannya dan akan sentiasa relevan selamanya bahkan menjadi petunjuk untuk sepanjang zaman. oleh yang demikian, fahamilah bahawa kisah firaun didalam Al-Quran bukan hanya merujuk kepada firaun yang dihadapi nabi musa a.s tetapi untuk semua jenis sistem kekuasaan dan pemerintahan, yang mencabar keesaan dan kekuasaan Allah, dengan kehendak mereka sendiri.

saya kenalkan kepada anda firaun masa kini.tidakkah anda hairan, setiap perincian mengenai kehidupan mesir kuno ada dicatat oleh mereka tetapi tiada yang ditemui berkenaan pencapaian terunggul mereka iaitu piramid.mengapa tidak dinyatakan bagaimana piramid dibina? kerana misteri atau rahsia purba ini adalah petunjuk penting dari satu teka teki yang besar.





sumbang mahram juga dipraktikkan firaun pada zaman mesir kuno.ibu berkahwin dengan anak, abang berkahwin dengan adik untuk mengekalkan kuasa dan wang dikalangan ahli keluarga.dan ianya berterusan pada hari ini. kita masih diperintah oleh keturunan firaun yang sama hari ini.

stuktur pemerintahan firaun


struktur pemerintahan hari ini


di dubai yang terkenal dengan bangunan-bangunan yang unik dan mencakar langit telah menjadi satu tanda tanya kerana ada sesuatu yang tidak kena disana.burj of dubai merupakan bangunan tertinggi didunia dan ia boleh dilihat dari seluruh dubai. mengapa ia diselubungi kabus?



menara bangunan emirates yang mereka panggil gerbang


lihat pula wafi shopping mall yang didedikasikan untuk firaun."wafi" bermaksud seorang yang setia.mari lihat secara dekat.



anda mahu lihat didalamnya? [bersambung]


p/s : sedang golongan illuminati membuat persiapan yang begitu rapi bagi menyambut kedatangan dajjal aku tertanya-tanya apa pula yg umat muslim lakukan untuk menyambut imam terakhir kita? menyesatkan, membida'ahkn, mensyirikkan dan juga mengkafirkan sesama sendiri? bilakah terbentuknya satu ummah..? pening melihat pertikaian yang berlaku antara syiah, sunni dan wahabi.

0 comments: