Friday, July 16, 2010

satu kehadiran (11)

sihir muzik

ada banyak alat yang digunakan untuk mengekalkan sistem dajal supaya terus subur. ada diantaranya kita telah bincangkan dan yang lainnya akan ditunjukkan kepada anda kemudian.

salah satu alat yang paling berkesan telah dipilih untuk diberi perhatian khusus. menjajah minda manusia dengan menggunakan media. sebagai contoh, mesej yang jelas sekali ditujukan kepada anda, yang mana sering ditonjolkan dalam berita.

ramai yang gagal mengenalpasti mesej tersembunyi dan menjajah yang disebarkan melalui muzik, iklan, filem, kartun dan rancangan-rancangan tv yang lain beransur-ansur dan pastinya selebriti-selebriti turut menyebarkan mesej-mesej ini sama ada mereka sedar atau tidak terlibat dalam manipulasi ini yang mana mereka sendiri menjadi idola untuk diikuti oleh pengikut-pengikut mereka.

apa yang dilakukan oleh puak iblis ini, ialah mengawal selebriti dan industri hiburan ini, dan akhirnya mereka menjadi alat dalam penyebaran dakyah. nah! inilah yang sedang berlaku sejak tahun 60an. ini merupakan penyembahan berhala pada masa lalu..



penyembahan kepada matahari



penyembahan berhala pada masa kini..





sebenarnya filem mempunyai mesej pada 2 tahap yang berlainan.
1) untuk penonton yang tidak sedar. mesej inilah yang paling menonjol.
2) makna yang rahsia dan mendalam dibelakang produksi media, dimiliki dan dikawal oleh puak penyambah iblis.

adakah cara ini dapat diserap dalam muzik? tentu sekali ya kerana apa yang kita dengar seperti lagu cinta yang dinyanyikan untuk seseorang atau pasangan anda adalah sebenarnya lagu yang ditujukan untuk penyembahan kepada dajal dan sistemnya. tidak percaya? nah! cuba lihat video dibawah ini.



kadangkala dengan segelintir artis mesej lagu tersebut sangat bersifat memuja syaitan. diarahkan daripada dajal dan syaitan terus kepada anda. tidak perlu bersusah payah untuk mencari maknanya jika ia ada didalam lagu tersebut ianya sangat menonjol tidak perlu dikupas lagi tapi....SANGAT MENONJOL KEPADA PENDENGAR DAN PENONTON YANG MENGAMBIL BERAT.



perjalanan hidup ini bukan mudah. tetapi adalah penting untuk mencapai kebebasan minda supaya tidak menerima dengan mudah apa sahaja yang dipertontonkan pada kita. saya ulang sekali lagi. jangan mudah menerima apa sahaja yang dipersembahkan kepada anda. [bersambung]

0 comments: